Antara Relevansi dan Relik
UMNO & Survival Politik Orang Melayu
Free
Antara Relevansi dan Relik: UMNO & Survival Politik Orang Melayu mengupas dilema besar UMNO dalam menentukan sama ada parti ini masih relevan atau sekadar menjadi tinggalan sejarah politik Melayu. Buku ini meneliti perjalanan UMNO daripada legasi kuasa, krisis kepercayaan, strategi survival, permainan persepsi media sosial, aspirasi Milenial dan Gen Z, serta cabaran membina kepimpinan baharu. Ditulis secara kritis dan reflektif, karya ini bukan propaganda parti, tetapi satu renungan tentang masa depan politik Melayu, demokrasi Malaysia dan keperluan pembaharuan berasaskan integriti, pemikiran kritis dan keberanian berubah.
ISBN: eISBN 978- 629-92242-0-4
